Monday, December 26, 2011

Agama Itu Candu Rakyat

Banyak yang buat aku loya melihat situasi penganut agama islam di Malaysia nie. Ramai yang masih melaungkan memperjuangkan agama walhal itu hanyalah suara-suara orang yang ingin memperbodohkan kita. Suaranya kedengaran seperti itu yang agamanya mahukan, suaranya kedengaran seperti siapa yang tidak sependapat dengannya itu kafir, suaranya kedengaran seperti agama islam hanya untuk melayu, suaranya kedengaran seperti makanan yang tiada cop halal itu haram dan suaranya kedengaran seperti pendapat penganut agama lain itu haram, suara-suara seperti ini banyak menindas agama lain dan pekara itu halal di matanya, dan yang paling lucunya ialah suara ini mengangap itu adalah perjuangan agama walhal ini hanya memperjuangkan bangsanya yang tidak dianjurkan oleh agama.

Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”. (Riwayat Abu Daud)
                   
Ini manusia cakap dia adalah Salahuddin Al-Ayubi Malaysia.
                                                                             Tapi tidur di parlimen.
                                                                    Orang gila nie banyak jenis tau..


Kita marah apabila agama lain ingin membina rumah ibadat mereka yang besar tetapi tak marah apabila masjid kristal dibina berjuta-juta tapi tiada sembahyang jumaat. Kita marah agama lain memakai kopiah atau songkok tapi kita juga tidak tahu bahawa rakyat-rakyat palestine juga sudah berperang bertahun tahun kerana marah yahudi pakai kopiah. Melayu mempertahankan hak peribumi seperti mempertahankan agama walhal rasulullah sendiri memerangi bangsanya sendiri dan akhirnya melayu rompak harta rakyat.
  

           Di China, perasuah dihukum tembak, menunjukkan betapa rasuah
              adalah jenayah paling berat di republik itu. Di Indonesia, Nadathul
         Ulama keluar fatwa melarang ahli2nya sembahyang jenazah para
  perasuah sebagai hukuman sosial
. Di Malaysia??
                                                                      

P/s: jangan jadi orang yang hanya mendengar tetapi tak mengkaji dan bercakap soal keadilan tapi masih menyokong penindasan. Orang seperti ini banyak aku jumpa di ruang fb aku.. merde#
       

Wednesday, May 4, 2011

Hukuman Hudud

Cerita ini hanyalah sebagai pengajaran, tiada sesiapa pon yang salah dalam cerita aku ini' yang salahnya ialah PERATURAN-PERATURAN DUNIA KINI.

Biasalah, berlakunya di sekolah. Waktu Bm, cikgu suruh buat ujian lisan. Kelas aku menjadi sepi seketika apabila mendengar sebuah kumpulan membentangkan isu sosial iaitu buang anak LUAR NIKAH. Selepas kumpulan ini siap atau habis mencarut itu hal semua, mereka pun membuka sesi soal jawab. Peghhh tajuk nie memang sedap nak bakor kerajaan. Aku memulakan pertanyaan yang memang pedas, hahahaha.. tergagap gagap member aku tuu jawab..
Seperti yang kita ketahui, Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan sebuah sekolah harapan(SEKOLAH ALI KETAM) bagi mengurangkan kes pembuangan bayi, Apakah pendapat Prof(nama samarn dlm ujian lisan tuuu)?

Peghhh, lepas tuu semua budak-budak kelas aku mula nak bertanya tentang cara kerajaan menangani isu ini(politik ke??eh tak laahhh). Semua mengatakan tidak setuju tertubuhnya sekolah ini.!! Dalam keadaan yang terdesak Cikgu aku pon menutup sesi soal jawab, lalu cikgu menyoal pelajar-pelajar semua, dia soal lebih kurang macam nie laa:
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah ini?
Hahaha soalan yang dinanti-nantikan.. Aku menjawab bergini:
Mengikut statistik, bangsa yang paling ramai terlibat dalam khas pembuangan bayi adalah Bangsa Melayu, jika kita sebut Bangsa Melayu ia juga melibatkan agama Islam. Oleh itu hukum-hukum islam perlu dilaksanakan.
Hahaha, ini yang lawak nie... Cikgu aku pon membalas lebih kurang macam nie laa(aku pon x berape faham):
Jika dilaksanakan juga, tetap tak berubah. Contohnya: Ponteng sekolah, hukum macam mana pon tetap macam tuuuu....
Aku diam jewlaa, nak saung nanti dia ngajuk plok....
 Hukum hudud nie HUKUM MANUSIA HUKUM ALLAH??
 "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."24:2

 P/s:Tok Guru Nik Aziz berkata: "Satu masalah yang timbul diseluruh dunia islam, yang telah ditimbulkan oleh musuh islam, Ialah mengasingkan hidup daripada peraturan Allah" 



Sunday, April 10, 2011

Politik Malaysia: Cerita kanak-kanak time nak tido...

Yang paling hot sekarang ialah pasal video seks Anwar Ibrahim.

OMG!!!
(pakat ramai2 tegok dosa pun same2 tngung k)

hahahahahahahaha!!!

Anwar nie gay ke ape?
Family Anwar nie pon kuarkan statemant macam China nak belajar cakap bahasa Melayu asli!


Kami lebih hot dari artissss Malaysia ok!


zzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!!


Yang nak kecoh tuu apahal?? Politik unsur seks' tak patut diamalkan loh.. 

Jika Betul ia adalah Anwar?Anwar cuma patut bertaubat kepada Allah. Atau jika mahu gentlement, Anwar patut bersara dari politik. Berzina adalah dosa antara manusia dengan Allah. Tetapi rasuah adalah dosa sesama manusia. Ramai politkus yang mengamalkan rasuah. Golongan sebegini yang harus ditelanjangkan kepada rakyat. -Telegram Usang-
P/s: I can only feel Malaysia has a government if there are representatives of the people dead. 

Friday, April 8, 2011

Aku hampir menjadi gila

Niat ku bermula untuk membuat persembahan untuk hari guru bagi kelas aku. Perbincangan demi perbincangan membawa kata sepakat iaitu membuat coral speaking. Yang membuat aku nak hampir jadi gila ialah

1. Tari Diri..
Peghhhhhh..........Sii dia nie pada awalnya nak buat persembahan 'Nasyid'

Group nasyid kami ; mutiara
heeeeeee

yang menjadi masalahnya persembahan ini melibatkan satu kelas(21orang). tak kan nasyid sampai 21orang tak kea gila tuu???( x best arr rancng sekelas tapi ada yg tarik diri)

2. Main-main
Aku tak lah marah sangat pasal nie, sebab ape? sebab aku ada senjata...

hahahahahaha... Ini adalah Kapur..

Patahkan kapur ini menjadi cebisan-cebisan yang bisa dibaling dengan berkesan. hahahaha!

3. Masa!!!!!!!
Yang nie membuatkan aku tido,makan,minum,belajar,mandi semuanya tak jadi!!PASAL NIE JUGA AKU LAMBAT UPDATE BLOG AKU NIE!!...

tanpa diduga teacher telah memilih kami menjadi wakil sekolah bagi pertandingan corul speaking!
YAHOOOOOOOOOo!!!!!!!!!
bukan main gembira lagi wei!!! wakil sekolah sape tak nak...
Tapi......
Kami hanya ada 6 hari lagi nak hafal skrip yang berdepa tuu!!
Cuba bayangkan... 


Aku hanya mampu untuk memintak pendapat-pendapat kawan aku, terutama Syahir sebab aku ase dia yang paling matang dan bijak nak buat keputusan. Dan dia kata
"Aku OK jew..."
Dan aku tetap teruskan walaupun banyak yang sudah berbunyi nak tarik diri. Huh' hanya tuhan jew yang tahu perasaan aku macam mane. Pergi aku mencari teacher untuk memintak peraturan-peraturan coral speaking yang dijalankan itu, alangkah gembiranya apabila aku terbaca:

"Only for form1 to form4"
P/s: Peristiwa nie menyebabkan aku sedar bahawa aku juga Manusia Biasa.. 
'the best is yet to come' -butterfingers-



Saturday, March 26, 2011

1 Malaysia Di Mata Aku.

Gagal!!!
Pengalaman aku di sekolah yang mempunyai berbilang bangsa.

Masalahnya: Bahasa!!!!




Yang membuatkan aku menyampah: Pelajar China mengumpat aku dalam bahasa dia.


Yang bestnya: TIADA!




Cikgu sejarah ku berkata-kata: Slogan 1 Malaysia tidak berjaya seperti yang dikhabarkan, ianya hanya di kaca televisyen hakikatnya lain. China hal dia, India hal dia, Melayu hal dia..
Menteri Sekolah Harapan....(pic ini aku curi dekat profile fb membe aku..hehehe..)

P/s: I look n i see.. slogan Satu Malaysia sudah digunakan oleh Israel (Click) iaitu president ke-10 israel Ehud Barak. Adakah satu tindakan menciplak dari Musuh islam ini? setiap persoalan ada jawapanya... 

Sunday, March 20, 2011

Cikgu jangan kacau rambut aku laaa!!! plesss!!!!

Maklumlah dah masuk sekolah nie.. Mesti ade sportcheck nanti terutama RAMBUT...

Aku pon tak tau apa salahnya simpan rambut panjang.

ini rambut aku laaa...

Kita ambil contoh terbaik kita Nabi Muhammad SAW tentang rambut:
Diriwayatkan oleh hanad bin As-Sirri dari 'Abdurrohman bin Abi Zinad dari Hisyam bin 'Urwah dari bapaknya bersumber dari Ummul Mu'minin 'Aisyah r.a. :
"Ummul mu'minin 'Aisyah r.a. berkata, "Aku dan Rosululloh s.a.w. mandi dari satu tempayan. Beliau memiliki rambut sampai di atas bahu dan di bawah daun telinga"

Berdasarkan agama juga tidak salah..

FAKTA:
Jika simpan rambut panjang maka DAYA PEMIKIRAN SESEORANG AKAN BERKURANG..

Ishhhhh tak penah dengar aku fakta sebodoh nie..

tak jadi bodoh pon Albert Einstein.. 

Pelajar-pelajar jepun 2??? aduhhhhhhh!! 
Patut diberi kebebasan soal rambut nie..

P/s: bagi aku rmbut biar pnjg asal kemas & tak berwarna warni.. nak tiru dressupp barat tu pon agak2 ler.... tiru yg mndtgkan faedah ler, (aku mmg angin sikit lau orng potong rmbut aku. aku tak suka rmbut pendek nmpak mcm gorilla jadi tentera) ...

Tuesday, March 15, 2011

Dalam 1minggu aku accident 2kali!

Tak tau ar aku nie pembonceng motosikal yang macam mana. Dalam seminggu jew 2 kali aku jatuh moto.

kejadian pertama berlaku pada hari ahad minggu lepas dan kejadian kedua berlaku hari isnin semalam....


Luka yang lama pon masih tak pulih lagi...


Dah ada luka baru...

Makayah?? memang kena tadah telinga ar dengar diaorang marah.. tapi dia marah sebab dia sayang aku... aku tau tu.. 

Mak aku cakap
"tak payah lagi bawak moto!!"
ayah aku cakap
"mu nie pandai tak bawak moto?" 
P/s: dlam hati aku, aku kata macm nie "aku akan blajar bwak moto smpai aku mati..."

Friday, March 11, 2011

Amerika..Satu Petolongan Atau Satu Muslihat?

Pegolakkan di Libya dilihat semakin meruncing apabila kumpulan Pro-Gaddafi berjaya merampas kembali Zawiyah


Dalam situasi ini dilihat Amerika bergitu bersemangat untuk membantu rakyat Libya untuk menentang Gaddafi. Pemerintahan Obama meningkatkan seruan kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi untuk berundur



Persoalannya ialah ini Satu Petolongan Atau Satu Muslihat?
Kami akan terus meningkatkan tekanan ke atas Gaddafi sehingga beliau meletak jawatan, membenarkan rakyat Libya menyatakan kebebasan bersuara dan menentukan masa depan mereka sendiri," kata duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Susan Rice kepada rancangan ABCGood Morning America.
Amerika dalam pembincangan untuk membekalkan senjata kepada pemberontak kerajaan Libya dan telah mengerakkan kapal-kapal perangnya menghampiri Libya.


Kita dapat lihat dimana perang Iraq-Iran dimana Barat menjadi dalang daripada peperangan ini dan hasilnya hampir 10tahun MUSLIM KILL MUSLIM!! 
Jika belajar sejarah Malaysia cara penjajah-penjajah nak menjajah tanah melayu pon dengan tipu muslihat yang macam nie juga..

Persoalan perlu mempunyai jawapan.

P/s: Konflik palestine-israel pon as tak mmpu nak selesaikan lgi, nie pula nk selesaikan masalah perang yg lain. bagi pndapt aku pemberontak libya mintak dlu petolongan-petolongan negara islam yang lain dulu cam mesir,iran,arab dan sebagainya.. mintak ngan orang barat nie dia mesti nakkan sesuatu faedah balik cam minyk dan pengaruh. Bagi pndapat korang pula??? semoga deberikan petunjuk kepada Rakyat Libya. Amin!..

Tuesday, March 8, 2011

AKU ADA HAK NAK BUNUH WAKIL RAKYAT KAMPUNG AKU!



Cerita ini mengisahkan seorang the great satan berbicara apabila makan cicak poke!!


perghh kalau aku dapat aku jual, aku takkan makan
wei!! barang mahal tu!!


Pada 22.2.2011 kereta Anwar Ibrahim yang menuju ke Felda di Kerdau dikepong dan dibaling batu oleh penyokong Umno.


Apabila ditanya riaksi muhyiddin terhadap kejadian ini dia yang makan cicak poke nie dengan selambe jew berkata bergini:
"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno ngok.
"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."
Perghh aku ada hak nak mencederakan wakil rakyat kalau aku menyampah.


Kalau aku dapat tangkap rosmah mansur pastu aku buat macam nie, 
'AKU ADA HAK!!!!!'


P/s: bodoh punye politik2 malaysia nie, semua di mulut bukan di akal.. 
"Keamanan hadir bukan kerana tiada kekacauan tetapi adanya keadilan

Monday, March 7, 2011

Kenapa Aku Harus Menjaga Adab Melayu

Kisah nie terjadi masa aku pergi berjumpa Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Bila cikgu cakap sesuatu aku membalas dengan nada
Yep!
Lepas itu dia menegur aku dengan berkata bergini
Jangan sebut "YEP" sebut "YEA". Jagalah Adab Melayu Kita.
teguran nie membuatkan aku terasa bermakna bagi orang melayu kerana diperintahkan supaya menjaga adab orang melayu..ohh yea.. Sebelum tu, sebenarnya aku nie berdarah indochina(kemboja). So, aku terpikir Kenapa Aku Harus Menjaga adab Melayu? orang Melayu nak jaga apa?



Aku beragama islam jadi pada pandangan aku ada adab melayu yang perlu diambil dan tak perlu di ambil malah ada yang karut mengamalkanya seperti siram air dekat kubur macam nak bagi sii mati itu mandi jew. 

P/s: Orang melayu sila jaga adab kamu yea... kadang2 terpikir gak aku, aku nie lebih melayu dari orang melayu(koya).. hihihihihi.. pertama sekali, nasihat aku kepada orang melayu carilah asal usul kamu.. 

adakah seperti ini asal usul kamu?




Wednesday, March 2, 2011

Cikgu Yang Tak Sedar Diri

Hari nie sekolah aku ada aktiviti kokurikulum dan aku masuk permainan bola baling(aq masuk pon sbab ade rmai awek..hahahahahahha)...


Kami bersama guru-guru bermusyuarat untuk memilih bakal pemimpin-pemimpin kami.
Didalam mesyuarat itu aku hanya memerhati salah seorang cikgu baru yang asyik menyuruh salah seorang kawan aku nie,, menjadi wakil untuk menyebut nama pelajar yang cikgu nie suka(kiranya mcm meracuni minda kwn aku nie demi kepuasan diri sendiri laa)..

Hehehehehe.. Bila Saya Menjadi Cikgu

Masa nak pilih Ahli Jawatan Kuasa(AJK) bagi tingkatan3, ada budak tingkatan1 mintak nak pergi tandas tapi cikgu tak bagi sebab dah nak masuk turn pemilihan AJK bagi budak2 tingkatan1. Jadinya kami yang senior nie pun katalaa nyaknye budak tu.. 
Dan Cikgu Baru nie tiba-tiba mencelah dan berkata lebih kurang macam nielaa:
"Kesian apenya budak nie, nampak jew macam tu... Tapi degil maca setan!! aku tahu ar sebab dia nie budak kelas aku!! Dia senyap nie pon sebab takut abang-abang nie(kwn-kwn aku)!!!"

Aku pon tak tahu cikgu nie nak nasihat kat budak nie ke atau nak memalukan budak nie. Tapi ayat dia bagi memang maut ar!! bagi aku dia tak patu buat macam tu.. Masa dia kata macam tu kesian budak tu, tunduk jew...
Malu Saya Dibuatnya

P/s: Kalau aku jadi budak 2 memng bengang ar.. dah memng budak2 lagi, baru form1.. lelaki pula 2, lelaki memang lambat matang berbanding wanita.. dah laa kena saung depan2 awek ramai... Memng malu...! isyhh2 mcm mana nak jadi sekolah harapan kuantan nie menjelang 2015?? moga cikgu 2 tak terus mngamalkan kelakuan2 yang bodoh itu.. Amin..

Tuesday, March 1, 2011

Kebodohan Sejarah

Subjek Sejarah, subjek yang bakal memperbodohkan berjuta-juta rakyat melaysia.


10 Tahun Sebelum Merdeka By Fahmi Reza


Subjek Sejarah bakal menjadi subjek wajib lulus jika mau sijil SPM menjelang 2013!!
Aku penah mengaju soalan yang memang tidak penah ada dalam buku teks Sejarah Malaysia kepada cikgu sejarah sekolah aku, lebih kurang macam nie ar soalan aku:
Nie buku sejarah Malaysia ke buku sejarah Umno???


Betul ke zaman purba nie wujud jika berdasarkan islam???

Melaya menentang British atau Komunis??? 

Tulisan melayu sebelum jawi ape(kini ade di Rusia)???

Bukan parti berhaluan kiri dah buat perlembagaan rakyat yang dipersetujui oleh semua lapisan bangsa?? tak tulis pon kat dalam buku teks.


  Dan jawapan-jawapan yang cikgu aku bagi yang paling memuaskan aku, Cikgu aku jawab macam nie:
"Sejarah Malaysia diambil daripada pihak British"
kesimpulanya: Berjuta-juta rakyat Malaysia akan menghafal sejarah British menipu untuk mendapat sijil SPM menjelang 2013 nanti.


P/s: selamat aku dah pass daripada duk hafal buku sejarah 2013 nnti. selamat.... dah2 laaa kerajaan oiii, kau dah buat aku terseksa dengan ppsmi.. nak mati aku nak faham satu2 bab! dan aku berharap senggt2 korang semua dah tegok video 10 tahun sebelum merdeka by fahmi reza, snggt berguna beb! aku dah tegok dari thun lepas lg.. syok beb!..
 
 

Monday, February 28, 2011

Sikap

Salam.


 Perhimpunan tadi aku duduk mendengor pengetua mencarut pasal sikap pelajar-pelajar sekolah aku nie. Aku pon tak berapa ambil perhatian sangat apa yang dia mencarut dekat depan tu(aku baru jew tsedar dari tidur time pengetua bagi ucapan 2 sebab bising snggt dia mencarut).. Ucapan dia lebih kurang macam nie laa.....

Kamu bukan bodoh! tapi sikap kamu itu yang menyebabkan kamu menjadi bodoh!..

Sikap maksudnya perbuatan.

Siapa yang membentuk sikap kita???
Bagi pendapat aku Ibu bapa...
WTH! Kenapa?? kajian mengatakan 1% kebijaksanaan datang daripada keluarga, 99% lagi datang dari diri sendiri!!

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kecuaian 1% itu laa yang menyebabkan belia sekarang terus hanyut di dunia sendiri. Tak pecaya? lihat ar kawan-kawan disekeliling kamu macam mana keluarga dia..
"Kini MakAyah otak-otak TAK APE"

Anak tak pergi sekolah.
TAK APE.


Anak tak balik rumah
TAK APE.


Anak keluar malam
TAK APE.


Anak bercouple
TAK APE.


Anak mintak duit
TAK APE.


HASILNYA:
BULAN 9.. BULAN IBU HARAM JADAH MELAHIRKAN ANAK YANG TIDAK BERSALAH YANG BAKAL DIGELAR ANAK LUAR NIKAH BERBIN@BINTIKAN ??? (itu lebih baik dari yang mengugurkan anak luar nikah)


P/S: Jadinya tanggungjawab ibu bapa 2 snggt2 berat, aku kadang2 pon bnyk juga mlawan ckp makayah sebab nak BETULLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku juga manusia biasa yg sering melakukan dosa... tapi aku akan belajar cara nk menegur makayh denggn betol... soooooooo, pandai buat pandai tanggung..!!!! teinggt kata2 blue kwn aku nie "sii lelaki jenis nok, sii perempuan jenis redhoo" pikir lah p maksudnya!





Monday, February 21, 2011

Kantoi

Cerita ni aku ambil dari kisah abang ipar aku.. ceritanya bergini..

Pada suatu hariiii..... ceh... macam nak buat karangan budak tahun 3..haha








 HAHAHAHAHA!!! KAN DAH KANTOI!!

P/S: kakaka.. bijak budak ni sampaikan informasi... jujur!!

Sunday, February 20, 2011

Skandal Seks Silvio Berlusconi

Silvio Berlusconi President Italy akan dihakimi oleh 3 orang wanita iaitu Giulia Turri, Carmen D’Elia dan Orsolina De Cristofaro keatas skandal seksnya. Kantoi.....


 
Hehehehehee

Adil tak negara italy?? tak dikira pangkat semuanya diadili jika terbabit melakukan jenayah..

Malaysia???

Najib, i hope Altantuya bless u...

P/S: kalau sayang bini duduk diam-diam jew laaa... BN(BINI NAJIB)...

Saturday, February 19, 2011

Keadilan Yang Memusnahkan



Hampa, marah, sedih, bahlul, bingung, bengang, benggap,  BEN 10!!!


Ceritanya bermula apabila aku melihat adik saudara aku berebut nak main game handphone mak dia, ini muka budak-budak WANTED ni.[JIKA DAPAT TANGKAP AKU KASI 50$ CASH]


Intan Sarafika.
dan
Intan Sarafiza.

Aku pun baik hati laa bagi pinjam handphone aq kat Si Intan Sarafiza ni, lagipon aku tak sanggup mendengar budak-budak ni nangis.... lepas tu diorang pon membawa hala tuju masing-masing sambil memegang handphone di tangan.. Aku rasa aman seketika dan AKU !!!!!!!!!!

Dan aku tertidor..........
                                                         
Sedar jew dari tidor, aku apa lagi... Pergi dapur ar menambah tenaga..hahahaha... Baru jew nak makan Mak aku jerit hanphone aku ada kat dalam besen bilik air.. @#@%##%$^&$&*%*^*(*(*(&%&@#@!!!! 

Hancur hati kuu...

Friday, February 18, 2011

Lesen Membunuh Diri

LEBIH KURANG RM400.00 UNTUK MOTOSIKAL & RM1500.00 UNTUK KERETA !!!!

Dengan duit ni jumlah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan

Nak buat LAWAK ke apa ni???
Dengan harga tinggi macam ni dapat ke tambah jumlah penguna jalan raya BERLESEN???
Dengan harga macam ni dapat ke MENJIMATKAN pembelanjaan kerajaan akibat kecelakaan jalan raya???
Dengan harga macam ni NYAWA penguna jalan raya yang lain akan selamat???

JAWAPANYA:
TIDAK

Hasilnya ialah LESEN MEMBUNUH DIRI ..
Lihat kos mengambil lesen memandu di Amerika Syarikat:

 kosnya http://www.iowadot.gov/mvd/ods/types.htm [ C (Non-commercial-Operator) 16 2 Years , 5 Years, Knowledge, Vision, Driving $8 $20 ]

Misi kerajaan : menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai tahap keselamatan jalanraya setaraf dengan negara maju menjelang 2010 iaitu 10 kematian setiap 100,000 penduduk, 2 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar dan 10 kematian setiap satu billion kilometer perjalanan kenderaan.

                        
Dah tercapai belum?


P/S: "1Malaysia,Duit Diutamakan,Rakyat Dibuntotkan"

Thursday, February 17, 2011

Siapa Berani dan Penakut???

1.Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain.
                                                                Markava, kereta kebal kebanggaan Israel.

2.Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata.

                                                          

3.Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang.
                                                                   VS

4.HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula.
                                                                     Negara-Negara Islam Yang Lain?

5.Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.
                                                                            


P/S : Malaysia.... Rakyat Malaysia yang Belajar di Mesir(Revolusi menjatuhkan Mubarak).. Beduyun-duyun nak balik Malaysia.... kikikikikikikikikiki..... pikir-pikirkan ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...