Saturday, March 26, 2011

1 Malaysia Di Mata Aku.

Gagal!!!
Pengalaman aku di sekolah yang mempunyai berbilang bangsa.

Masalahnya: Bahasa!!!!




Yang membuatkan aku menyampah: Pelajar China mengumpat aku dalam bahasa dia.


Yang bestnya: TIADA!




Cikgu sejarah ku berkata-kata: Slogan 1 Malaysia tidak berjaya seperti yang dikhabarkan, ianya hanya di kaca televisyen hakikatnya lain. China hal dia, India hal dia, Melayu hal dia..
Menteri Sekolah Harapan....(pic ini aku curi dekat profile fb membe aku..hehehe..)

P/s: I look n i see.. slogan Satu Malaysia sudah digunakan oleh Israel (Click) iaitu president ke-10 israel Ehud Barak. Adakah satu tindakan menciplak dari Musuh islam ini? setiap persoalan ada jawapanya... 

Sunday, March 20, 2011

Cikgu jangan kacau rambut aku laaa!!! plesss!!!!

Maklumlah dah masuk sekolah nie.. Mesti ade sportcheck nanti terutama RAMBUT...

Aku pon tak tau apa salahnya simpan rambut panjang.

ini rambut aku laaa...

Kita ambil contoh terbaik kita Nabi Muhammad SAW tentang rambut:
Diriwayatkan oleh hanad bin As-Sirri dari 'Abdurrohman bin Abi Zinad dari Hisyam bin 'Urwah dari bapaknya bersumber dari Ummul Mu'minin 'Aisyah r.a. :
"Ummul mu'minin 'Aisyah r.a. berkata, "Aku dan Rosululloh s.a.w. mandi dari satu tempayan. Beliau memiliki rambut sampai di atas bahu dan di bawah daun telinga"

Berdasarkan agama juga tidak salah..

FAKTA:
Jika simpan rambut panjang maka DAYA PEMIKIRAN SESEORANG AKAN BERKURANG..

Ishhhhh tak penah dengar aku fakta sebodoh nie..

tak jadi bodoh pon Albert Einstein.. 

Pelajar-pelajar jepun 2??? aduhhhhhhh!! 
Patut diberi kebebasan soal rambut nie..

P/s: bagi aku rmbut biar pnjg asal kemas & tak berwarna warni.. nak tiru dressupp barat tu pon agak2 ler.... tiru yg mndtgkan faedah ler, (aku mmg angin sikit lau orng potong rmbut aku. aku tak suka rmbut pendek nmpak mcm gorilla jadi tentera) ...

Tuesday, March 15, 2011

Dalam 1minggu aku accident 2kali!

Tak tau ar aku nie pembonceng motosikal yang macam mana. Dalam seminggu jew 2 kali aku jatuh moto.

kejadian pertama berlaku pada hari ahad minggu lepas dan kejadian kedua berlaku hari isnin semalam....


Luka yang lama pon masih tak pulih lagi...


Dah ada luka baru...

Makayah?? memang kena tadah telinga ar dengar diaorang marah.. tapi dia marah sebab dia sayang aku... aku tau tu.. 

Mak aku cakap
"tak payah lagi bawak moto!!"
ayah aku cakap
"mu nie pandai tak bawak moto?" 
P/s: dlam hati aku, aku kata macm nie "aku akan blajar bwak moto smpai aku mati..."

Friday, March 11, 2011

Amerika..Satu Petolongan Atau Satu Muslihat?

Pegolakkan di Libya dilihat semakin meruncing apabila kumpulan Pro-Gaddafi berjaya merampas kembali Zawiyah


Dalam situasi ini dilihat Amerika bergitu bersemangat untuk membantu rakyat Libya untuk menentang Gaddafi. Pemerintahan Obama meningkatkan seruan kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi untuk berundur



Persoalannya ialah ini Satu Petolongan Atau Satu Muslihat?
Kami akan terus meningkatkan tekanan ke atas Gaddafi sehingga beliau meletak jawatan, membenarkan rakyat Libya menyatakan kebebasan bersuara dan menentukan masa depan mereka sendiri," kata duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Susan Rice kepada rancangan ABCGood Morning America.
Amerika dalam pembincangan untuk membekalkan senjata kepada pemberontak kerajaan Libya dan telah mengerakkan kapal-kapal perangnya menghampiri Libya.


Kita dapat lihat dimana perang Iraq-Iran dimana Barat menjadi dalang daripada peperangan ini dan hasilnya hampir 10tahun MUSLIM KILL MUSLIM!! 
Jika belajar sejarah Malaysia cara penjajah-penjajah nak menjajah tanah melayu pon dengan tipu muslihat yang macam nie juga..

Persoalan perlu mempunyai jawapan.

P/s: Konflik palestine-israel pon as tak mmpu nak selesaikan lgi, nie pula nk selesaikan masalah perang yg lain. bagi pndapt aku pemberontak libya mintak dlu petolongan-petolongan negara islam yang lain dulu cam mesir,iran,arab dan sebagainya.. mintak ngan orang barat nie dia mesti nakkan sesuatu faedah balik cam minyk dan pengaruh. Bagi pndapat korang pula??? semoga deberikan petunjuk kepada Rakyat Libya. Amin!..

Tuesday, March 8, 2011

AKU ADA HAK NAK BUNUH WAKIL RAKYAT KAMPUNG AKU!



Cerita ini mengisahkan seorang the great satan berbicara apabila makan cicak poke!!


perghh kalau aku dapat aku jual, aku takkan makan
wei!! barang mahal tu!!


Pada 22.2.2011 kereta Anwar Ibrahim yang menuju ke Felda di Kerdau dikepong dan dibaling batu oleh penyokong Umno.


Apabila ditanya riaksi muhyiddin terhadap kejadian ini dia yang makan cicak poke nie dengan selambe jew berkata bergini:
"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno ngok.
"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."
Perghh aku ada hak nak mencederakan wakil rakyat kalau aku menyampah.


Kalau aku dapat tangkap rosmah mansur pastu aku buat macam nie, 
'AKU ADA HAK!!!!!'


P/s: bodoh punye politik2 malaysia nie, semua di mulut bukan di akal.. 
"Keamanan hadir bukan kerana tiada kekacauan tetapi adanya keadilan

Monday, March 7, 2011

Kenapa Aku Harus Menjaga Adab Melayu

Kisah nie terjadi masa aku pergi berjumpa Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Bila cikgu cakap sesuatu aku membalas dengan nada
Yep!
Lepas itu dia menegur aku dengan berkata bergini
Jangan sebut "YEP" sebut "YEA". Jagalah Adab Melayu Kita.
teguran nie membuatkan aku terasa bermakna bagi orang melayu kerana diperintahkan supaya menjaga adab orang melayu..ohh yea.. Sebelum tu, sebenarnya aku nie berdarah indochina(kemboja). So, aku terpikir Kenapa Aku Harus Menjaga adab Melayu? orang Melayu nak jaga apa?



Aku beragama islam jadi pada pandangan aku ada adab melayu yang perlu diambil dan tak perlu di ambil malah ada yang karut mengamalkanya seperti siram air dekat kubur macam nak bagi sii mati itu mandi jew. 

P/s: Orang melayu sila jaga adab kamu yea... kadang2 terpikir gak aku, aku nie lebih melayu dari orang melayu(koya).. hihihihihi.. pertama sekali, nasihat aku kepada orang melayu carilah asal usul kamu.. 

adakah seperti ini asal usul kamu?




Wednesday, March 2, 2011

Cikgu Yang Tak Sedar Diri

Hari nie sekolah aku ada aktiviti kokurikulum dan aku masuk permainan bola baling(aq masuk pon sbab ade rmai awek..hahahahahahha)...


Kami bersama guru-guru bermusyuarat untuk memilih bakal pemimpin-pemimpin kami.
Didalam mesyuarat itu aku hanya memerhati salah seorang cikgu baru yang asyik menyuruh salah seorang kawan aku nie,, menjadi wakil untuk menyebut nama pelajar yang cikgu nie suka(kiranya mcm meracuni minda kwn aku nie demi kepuasan diri sendiri laa)..

Hehehehehe.. Bila Saya Menjadi Cikgu

Masa nak pilih Ahli Jawatan Kuasa(AJK) bagi tingkatan3, ada budak tingkatan1 mintak nak pergi tandas tapi cikgu tak bagi sebab dah nak masuk turn pemilihan AJK bagi budak2 tingkatan1. Jadinya kami yang senior nie pun katalaa nyaknye budak tu.. 
Dan Cikgu Baru nie tiba-tiba mencelah dan berkata lebih kurang macam nielaa:
"Kesian apenya budak nie, nampak jew macam tu... Tapi degil maca setan!! aku tahu ar sebab dia nie budak kelas aku!! Dia senyap nie pon sebab takut abang-abang nie(kwn-kwn aku)!!!"

Aku pon tak tahu cikgu nie nak nasihat kat budak nie ke atau nak memalukan budak nie. Tapi ayat dia bagi memang maut ar!! bagi aku dia tak patu buat macam tu.. Masa dia kata macam tu kesian budak tu, tunduk jew...
Malu Saya Dibuatnya

P/s: Kalau aku jadi budak 2 memng bengang ar.. dah memng budak2 lagi, baru form1.. lelaki pula 2, lelaki memang lambat matang berbanding wanita.. dah laa kena saung depan2 awek ramai... Memng malu...! isyhh2 mcm mana nak jadi sekolah harapan kuantan nie menjelang 2015?? moga cikgu 2 tak terus mngamalkan kelakuan2 yang bodoh itu.. Amin..

Tuesday, March 1, 2011

Kebodohan Sejarah

Subjek Sejarah, subjek yang bakal memperbodohkan berjuta-juta rakyat melaysia.


10 Tahun Sebelum Merdeka By Fahmi Reza


Subjek Sejarah bakal menjadi subjek wajib lulus jika mau sijil SPM menjelang 2013!!
Aku penah mengaju soalan yang memang tidak penah ada dalam buku teks Sejarah Malaysia kepada cikgu sejarah sekolah aku, lebih kurang macam nie ar soalan aku:
Nie buku sejarah Malaysia ke buku sejarah Umno???


Betul ke zaman purba nie wujud jika berdasarkan islam???

Melaya menentang British atau Komunis??? 

Tulisan melayu sebelum jawi ape(kini ade di Rusia)???

Bukan parti berhaluan kiri dah buat perlembagaan rakyat yang dipersetujui oleh semua lapisan bangsa?? tak tulis pon kat dalam buku teks.


  Dan jawapan-jawapan yang cikgu aku bagi yang paling memuaskan aku, Cikgu aku jawab macam nie:
"Sejarah Malaysia diambil daripada pihak British"
kesimpulanya: Berjuta-juta rakyat Malaysia akan menghafal sejarah British menipu untuk mendapat sijil SPM menjelang 2013 nanti.


P/s: selamat aku dah pass daripada duk hafal buku sejarah 2013 nnti. selamat.... dah2 laaa kerajaan oiii, kau dah buat aku terseksa dengan ppsmi.. nak mati aku nak faham satu2 bab! dan aku berharap senggt2 korang semua dah tegok video 10 tahun sebelum merdeka by fahmi reza, snggt berguna beb! aku dah tegok dari thun lepas lg.. syok beb!..
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...