Banyak yang buat aku loya melihat situasi penganut agama islam di Malaysia nie. Ramai yang masih melaungkan memperjuangkan agama walhal itu hanyalah suara-suara orang yang ingin memperbodohkan kita. Suaranya kedengaran seperti itu yang agamanya mahukan, suaranya kedengaran seperti siapa yang tidak sependapat dengannya itu kafir, suaranya kedengaran seperti agama islam hanya untuk melayu, suaranya kedengaran seperti makanan yang tiada cop halal itu haram dan suaranya kedengaran seperti pendapat penganut agama lain itu haram, suara-suara seperti ini banyak menindas agama lain dan pekara itu halal di matanya, dan yang paling lucunya ialah suara ini mengangap itu adalah perjuangan agama walhal ini hanya memperjuangkan bangsanya yang tidak dianjurkan oleh agama.
“Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”. (Riwayat Abu Daud)
Ini manusia cakap dia adalah Salahuddin Al-Ayubi Malaysia.
Tapi tidur di parlimen.Orang gila nie banyak jenis tau..
Kita marah apabila agama lain ingin membina rumah ibadat mereka yang besar tetapi tak marah apabila masjid kristal dibina berjuta-juta tapi tiada sembahyang jumaat. Kita marah agama lain memakai kopiah atau songkok tapi kita juga tidak tahu bahawa
![]() |
. Di Malaysia?? |
P/s: jangan jadi orang yang hanya mendengar tetapi tak mengkaji dan bercakap soal keadilan tapi masih menyokong penindasan. Orang seperti ini banyak aku jumpa di ruang fb aku.. merde#
No comments:
Post a Comment