Monday, December 26, 2011

Agama Itu Candu Rakyat

Banyak yang buat aku loya melihat situasi penganut agama islam di Malaysia nie. Ramai yang masih melaungkan memperjuangkan agama walhal itu hanyalah suara-suara orang yang ingin memperbodohkan kita. Suaranya kedengaran seperti itu yang agamanya mahukan, suaranya kedengaran seperti siapa yang tidak sependapat dengannya itu kafir, suaranya kedengaran seperti agama islam hanya untuk melayu, suaranya kedengaran seperti makanan yang tiada cop halal itu haram dan suaranya kedengaran seperti pendapat penganut agama lain itu haram, suara-suara seperti ini banyak menindas agama lain dan pekara itu halal di matanya, dan yang paling lucunya ialah suara ini mengangap itu adalah perjuangan agama walhal ini hanya memperjuangkan bangsanya yang tidak dianjurkan oleh agama.

Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”. (Riwayat Abu Daud)
                   
Ini manusia cakap dia adalah Salahuddin Al-Ayubi Malaysia.
                                                                             Tapi tidur di parlimen.
                                                                    Orang gila nie banyak jenis tau..


Kita marah apabila agama lain ingin membina rumah ibadat mereka yang besar tetapi tak marah apabila masjid kristal dibina berjuta-juta tapi tiada sembahyang jumaat. Kita marah agama lain memakai kopiah atau songkok tapi kita juga tidak tahu bahawa rakyat-rakyat palestine juga sudah berperang bertahun tahun kerana marah yahudi pakai kopiah. Melayu mempertahankan hak peribumi seperti mempertahankan agama walhal rasulullah sendiri memerangi bangsanya sendiri dan akhirnya melayu rompak harta rakyat.
  

           Di China, perasuah dihukum tembak, menunjukkan betapa rasuah
              adalah jenayah paling berat di republik itu. Di Indonesia, Nadathul
         Ulama keluar fatwa melarang ahli2nya sembahyang jenazah para
  perasuah sebagai hukuman sosial
. Di Malaysia??
                                                                      

P/s: jangan jadi orang yang hanya mendengar tetapi tak mengkaji dan bercakap soal keadilan tapi masih menyokong penindasan. Orang seperti ini banyak aku jumpa di ruang fb aku.. merde#
       

Wednesday, May 4, 2011

Hukuman Hudud

Cerita ini hanyalah sebagai pengajaran, tiada sesiapa pon yang salah dalam cerita aku ini' yang salahnya ialah PERATURAN-PERATURAN DUNIA KINI.

Biasalah, berlakunya di sekolah. Waktu Bm, cikgu suruh buat ujian lisan. Kelas aku menjadi sepi seketika apabila mendengar sebuah kumpulan membentangkan isu sosial iaitu buang anak LUAR NIKAH. Selepas kumpulan ini siap atau habis mencarut itu hal semua, mereka pun membuka sesi soal jawab. Peghhh tajuk nie memang sedap nak bakor kerajaan. Aku memulakan pertanyaan yang memang pedas, hahahaha.. tergagap gagap member aku tuu jawab..
Seperti yang kita ketahui, Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan sebuah sekolah harapan(SEKOLAH ALI KETAM) bagi mengurangkan kes pembuangan bayi, Apakah pendapat Prof(nama samarn dlm ujian lisan tuuu)?

Peghhh, lepas tuu semua budak-budak kelas aku mula nak bertanya tentang cara kerajaan menangani isu ini(politik ke??eh tak laahhh). Semua mengatakan tidak setuju tertubuhnya sekolah ini.!! Dalam keadaan yang terdesak Cikgu aku pon menutup sesi soal jawab, lalu cikgu menyoal pelajar-pelajar semua, dia soal lebih kurang macam nie laa:
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah ini?
Hahaha soalan yang dinanti-nantikan.. Aku menjawab bergini:
Mengikut statistik, bangsa yang paling ramai terlibat dalam khas pembuangan bayi adalah Bangsa Melayu, jika kita sebut Bangsa Melayu ia juga melibatkan agama Islam. Oleh itu hukum-hukum islam perlu dilaksanakan.
Hahaha, ini yang lawak nie... Cikgu aku pon membalas lebih kurang macam nie laa(aku pon x berape faham):
Jika dilaksanakan juga, tetap tak berubah. Contohnya: Ponteng sekolah, hukum macam mana pon tetap macam tuuuu....
Aku diam jewlaa, nak saung nanti dia ngajuk plok....
 Hukum hudud nie HUKUM MANUSIA HUKUM ALLAH??
 "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."24:2

 P/s:Tok Guru Nik Aziz berkata: "Satu masalah yang timbul diseluruh dunia islam, yang telah ditimbulkan oleh musuh islam, Ialah mengasingkan hidup daripada peraturan Allah" 



Sunday, April 10, 2011

Politik Malaysia: Cerita kanak-kanak time nak tido...

Yang paling hot sekarang ialah pasal video seks Anwar Ibrahim.

OMG!!!
(pakat ramai2 tegok dosa pun same2 tngung k)

hahahahahahahaha!!!

Anwar nie gay ke ape?
Family Anwar nie pon kuarkan statemant macam China nak belajar cakap bahasa Melayu asli!


Kami lebih hot dari artissss Malaysia ok!


zzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!!


Yang nak kecoh tuu apahal?? Politik unsur seks' tak patut diamalkan loh.. 

Jika Betul ia adalah Anwar?Anwar cuma patut bertaubat kepada Allah. Atau jika mahu gentlement, Anwar patut bersara dari politik. Berzina adalah dosa antara manusia dengan Allah. Tetapi rasuah adalah dosa sesama manusia. Ramai politkus yang mengamalkan rasuah. Golongan sebegini yang harus ditelanjangkan kepada rakyat. -Telegram Usang-
P/s: I can only feel Malaysia has a government if there are representatives of the people dead. 

Friday, April 8, 2011

Aku hampir menjadi gila

Niat ku bermula untuk membuat persembahan untuk hari guru bagi kelas aku. Perbincangan demi perbincangan membawa kata sepakat iaitu membuat coral speaking. Yang membuat aku nak hampir jadi gila ialah

1. Tari Diri..
Peghhhhhh..........Sii dia nie pada awalnya nak buat persembahan 'Nasyid'

Group nasyid kami ; mutiara
heeeeeee

yang menjadi masalahnya persembahan ini melibatkan satu kelas(21orang). tak kan nasyid sampai 21orang tak kea gila tuu???( x best arr rancng sekelas tapi ada yg tarik diri)

2. Main-main
Aku tak lah marah sangat pasal nie, sebab ape? sebab aku ada senjata...

hahahahahaha... Ini adalah Kapur..

Patahkan kapur ini menjadi cebisan-cebisan yang bisa dibaling dengan berkesan. hahahaha!

3. Masa!!!!!!!
Yang nie membuatkan aku tido,makan,minum,belajar,mandi semuanya tak jadi!!PASAL NIE JUGA AKU LAMBAT UPDATE BLOG AKU NIE!!...

tanpa diduga teacher telah memilih kami menjadi wakil sekolah bagi pertandingan corul speaking!
YAHOOOOOOOOOo!!!!!!!!!
bukan main gembira lagi wei!!! wakil sekolah sape tak nak...
Tapi......
Kami hanya ada 6 hari lagi nak hafal skrip yang berdepa tuu!!
Cuba bayangkan... 


Aku hanya mampu untuk memintak pendapat-pendapat kawan aku, terutama Syahir sebab aku ase dia yang paling matang dan bijak nak buat keputusan. Dan dia kata
"Aku OK jew..."
Dan aku tetap teruskan walaupun banyak yang sudah berbunyi nak tarik diri. Huh' hanya tuhan jew yang tahu perasaan aku macam mane. Pergi aku mencari teacher untuk memintak peraturan-peraturan coral speaking yang dijalankan itu, alangkah gembiranya apabila aku terbaca:

"Only for form1 to form4"
P/s: Peristiwa nie menyebabkan aku sedar bahawa aku juga Manusia Biasa.. 
'the best is yet to come' -butterfingers-



Saturday, March 26, 2011

1 Malaysia Di Mata Aku.

Gagal!!!
Pengalaman aku di sekolah yang mempunyai berbilang bangsa.

Masalahnya: Bahasa!!!!




Yang membuatkan aku menyampah: Pelajar China mengumpat aku dalam bahasa dia.


Yang bestnya: TIADA!




Cikgu sejarah ku berkata-kata: Slogan 1 Malaysia tidak berjaya seperti yang dikhabarkan, ianya hanya di kaca televisyen hakikatnya lain. China hal dia, India hal dia, Melayu hal dia..
Menteri Sekolah Harapan....(pic ini aku curi dekat profile fb membe aku..hehehe..)

P/s: I look n i see.. slogan Satu Malaysia sudah digunakan oleh Israel (Click) iaitu president ke-10 israel Ehud Barak. Adakah satu tindakan menciplak dari Musuh islam ini? setiap persoalan ada jawapanya... 

Sunday, March 20, 2011

Cikgu jangan kacau rambut aku laaa!!! plesss!!!!

Maklumlah dah masuk sekolah nie.. Mesti ade sportcheck nanti terutama RAMBUT...

Aku pon tak tau apa salahnya simpan rambut panjang.

ini rambut aku laaa...

Kita ambil contoh terbaik kita Nabi Muhammad SAW tentang rambut:
Diriwayatkan oleh hanad bin As-Sirri dari 'Abdurrohman bin Abi Zinad dari Hisyam bin 'Urwah dari bapaknya bersumber dari Ummul Mu'minin 'Aisyah r.a. :
"Ummul mu'minin 'Aisyah r.a. berkata, "Aku dan Rosululloh s.a.w. mandi dari satu tempayan. Beliau memiliki rambut sampai di atas bahu dan di bawah daun telinga"

Berdasarkan agama juga tidak salah..

FAKTA:
Jika simpan rambut panjang maka DAYA PEMIKIRAN SESEORANG AKAN BERKURANG..

Ishhhhh tak penah dengar aku fakta sebodoh nie..

tak jadi bodoh pon Albert Einstein.. 

Pelajar-pelajar jepun 2??? aduhhhhhhh!! 
Patut diberi kebebasan soal rambut nie..

P/s: bagi aku rmbut biar pnjg asal kemas & tak berwarna warni.. nak tiru dressupp barat tu pon agak2 ler.... tiru yg mndtgkan faedah ler, (aku mmg angin sikit lau orng potong rmbut aku. aku tak suka rmbut pendek nmpak mcm gorilla jadi tentera) ...

Tuesday, March 15, 2011

Dalam 1minggu aku accident 2kali!

Tak tau ar aku nie pembonceng motosikal yang macam mana. Dalam seminggu jew 2 kali aku jatuh moto.

kejadian pertama berlaku pada hari ahad minggu lepas dan kejadian kedua berlaku hari isnin semalam....


Luka yang lama pon masih tak pulih lagi...


Dah ada luka baru...

Makayah?? memang kena tadah telinga ar dengar diaorang marah.. tapi dia marah sebab dia sayang aku... aku tau tu.. 

Mak aku cakap
"tak payah lagi bawak moto!!"
ayah aku cakap
"mu nie pandai tak bawak moto?" 
P/s: dlam hati aku, aku kata macm nie "aku akan blajar bwak moto smpai aku mati..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...